Selasa, 05 Januari 2010

1 dari 3 doa Rasulullah yang ditolak Allah SWT

Posted by Ahmad Habibullaah  |  No comments

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Suatu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang lumayan panjang kepada Allah SWT :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berkepanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.

2. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh AS). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah SWT.

3. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan karena perpecahan sesama mereka (peperangan, perpecahan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri berpecah-belah antara satu sama lain, orang-orang kafir bertepuk tangan di belakang, apakah kita akan diam saja melihatnya ?

20.21 Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Get updates in your email box
Complete the form below, and we'll send you the best coupons.

Deliver via FeedBurner
Proudly Powered by Blogger.
back to top